Tuesday, 19 April 2016

10 Tips Tingkatkan Kemahiran Rundingan

Pengurusan Jualan

 

Kredit imej: Salesnegotiationtraining
 
Dalam proses jualan akan ada sebuah proses yang dipanggil "Negotiaton" ataupun disebut sebagai proses "Rundingan" dalam bahasa melayu. Boleh dikatakan bukan semua orang ada skill untuk melakukan proses ini rundingan dengan baik. Pekara yang paling menarik mengenai  proses rundingan ini kita kemungkinan akan kehilangan bisnes atau berjaya mendapatkan bisnes. 50-50.
Di sini ada 10 tip yang mugkin boleh digunakan oleh jurujual untuk meningkatkan skill kita.

10 Tips Tingkatkan Kemahiran Rundingan

Sentiasa Memberi Keutamaan Untuk Memahami Kehendak Pelanggan
Jadilah pendengar yang baik dan jangan bersikap defensif sewaktu proses rundingan sedang dijalankan. Fahami kehendak pelanggan sebaiknya.

Fokus Kepada Topik Yang Sedang Berjalan
Jangan sesekali mengalihkan topik perbincangan kepada pekara lain. Sentiasa pastikan pelanggan juga begitu. Keep on track.

Menyediakan Pilihan Penyelesaian Masalah
Dengan pilihan yang ditawarkan kepada pelanggan ianya dapat meneruskan minat pelanggan untuk melakukan bisnes dengan kita.

Menggunakan Masa Rundingan Dengan Sebaiknya
Gunakan masa yang ada sebaiknya untuk menyelesaikan rundingan dengan kadar segera. Kita perlu ketahui yang pelanggan juga punya had masa tersendiri untuk berbincang.

Sentiasa Berusaha Untuk Menyelesaikan Masalah Pelanggan
Jangan biarkan pelanggan mengetahui yang kita mempunyai kekangan masa untuk menyelesaikan masalah mereka jika ada.
 

 
 

Kredit Imej: Negotiation

 

Berupaya Untuk Mentakrifkan Definisi Kejayaan Semasa Proses Rundingan
Penting untuk kita mengetahui yang proses rundingan tersebut telah berjaya dan kita telah bersedia untuk mengambil langkah yang seterusnya.

Tegas Dalam Menawarkan Pilihan Penyelesaian Masalah
Jangan menggunakan nada yang lembut sewaktu kita sedang menawarkan penyelesaian masalah kepada pelanggan, Ini penting untuk pelanggan mengetahui yang kita benar-benar serius dalam menawarkan pilihan tersebut.

Bahasa Tubuh Yang Baik
Dengan bahasa tubuh yang baik seperti penggunaan eye contact yang betul ianya dapat meningkatkan keyakinan pelanggan dalam proses rundingan tersebut.

Tidak Memaksa Dan Menggesa Pelanggan
Jangan sesekali memaksa pelanggan untuk membuat keputusan dan beri ruang untuk mereka berfikir membuat keputusan.

Jangan Merekod Pekara Yang Belum Capai Kata Putus
Bagi mengelakkan kesusahan kemudian hari jangan kita  merekod keputusan yang belum dicapai secara sah oleh kedua belah pihak.



Kekalkan Motivasi Diri Semudah 7 Langkah

Motivasi




Kredit Imej: Entreprenuer

 
Tujuh Langkah Mudah Untuk Mengekalkan Motivasi Diri  

Menerima Diri Kita Seadanya
Berhenti cemburu melihat apa yang orang lain lakukan. Setiap manusia dilahirkan untuk melengkapi antara satu sama lain. Berbangga dengan pekerjaan kita sebagai jurujual dan fahami diri sendiri sebaiknya.

Berani Berfikir Dari Sudut Dimensi Yang Berbeza 
Sentiasa mempunyai fikiran positif yang kejayaan boleh dicapai tanpa had dan kita hanya perlu menggunakan otak untuk berfikir bagaimana ianya boleh dicapai dengan cara berbeza.

Jangan Mudah Menyerah Kalah
Bila minda kita terlebih dahulu memberitahu yang kita tak boleh lakukan maka secara automatiknya kita telah memberi signal untuk menyerah kalah sebelum berjuang. Dalam kehidupan sebenarnya tiada istilah kegagalan, sebaliknya ia adalah hasil dari tindakan yang kita lakukan. Teruskan mencuba.

Sentiasa Bermotivasi
Sentiasa mencari sumber motivasi melalui bahan bacaan, menonton atau mendengar bahan yang mempunyai nilai positif kepada diri kita.

 
Komited Terhadap Objektif Kita
Ramai diantara kita tidak meletakkan komitmen yang sebaiknya terhadap pekara yang sedang kita lakukan. Jadinya fokus kita mudah terganggu apabila menerima tawaran yang lebih baik disebabkan kurangnya komitmen secara personal terhadap kerjaya yang sedang dilakukan.

Bersabar
Kita sering berputus asa dan seterusnya mudah berasa hampa dengan kegagalan. Jadikan Kegagalan sebagai proses untuk belajar dan membaiki kelemahan serta kekurangan. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan memberi reaksi positif terhadap kegagalan.

Jangan Merendah Diri 
Jangan merasa rendah diri dengan kerjaya kita sebagai jurujual. Jadilah jurujual yang hebat dan kita sendiri akan mengetahui maksud point ini.

www.orangsales.com



Jurujual Dan Peranan Mereka Dalam Syarikat

 

Pengurusan Jualan

 
 Salah satu point penting yang sering diabaikan oleh jurujual adalah mengingati kembali peranan sebenar mereka di dalam syarikat.

Peranan Jurujual Dalam Syarikat.

Membuat Panggilan Kepada Pelanggan
Sebagai Jurujual ini adalah pekara wajib. Buat panggilan kepada pelanggan. Cipta database maklumat   pelanggan sebanyak mungkin. Minta referal dari pelanggan untuk prospek baru. Sekarang kita boleh pelbagaikan cara komunikasi dengan pelanggan. Boleh whatsapp, FB Messenger, Telegram dan pelbagai lagi cara alaf baru. Yang terbaik adalah cuba dapatkan tiga appointment sehari untuk prospek baru melalui panggilan telefon.

Meluaskan Sales Territory
Dari melakukan aktiviti tanpa tujuan lebih baik kita luaskan Sales Territory dan luaskan prospek di kawasan yang kita sedang fokus. Jangan mengharap untuk prospek hadir dengan sendiri sebaliknya kita mesti memainkan peranan keluar mencari propsek.

Meningkatkan Jualan Produk
Of course. Ini adalah tugas utama seorang jurujual. Menjual produk dan meningkatkan jualan produk. Dengan kepelbagaian produk yang terdapat dalam syarikat, kita boleh menyesuaikan kehendak pelanggan dengan setiap produk yang ada.

Meningkatkan Imej Syarikat
Selain Menjual, kita juga berperanan utuk meningkatkan imej syarikat. Secara logiknya bila kita berjaya meningkatkan imej syarikat, ianya akan lebih mudah untuk kita menjual produk syarikat kepada pelanggan yang seterusnya. Bila pelanggan memuji syarikat kita bagus, kita pun akan turut bangga bukan? 

 



Kredit imej: Tweakyourbizz


 
Meningkatkan Pengetahuan Produk
Apa yang membezakan kita dengan kawan jurujual yang lain dalam syarikat ialah Product Knowledge terutamanya dari segi teknikal. Belajar! Belajar! Belajar!

Responder Kepada Syarikat
Kita bertindak sebagai pemberi maklumat kepada syarikat berkaitan feedback produk yang diterima dari pelanggan. Maklumat ini diperolehi oleh kita melalui aktiviti jualan atau perbincangan dengan pelanggan. Senang cerita melalui proses ini kita dapat menyampaikan pengalaman pelanggan berkaitan kelebihan dan kekurangan produk untuk syarikat improvise produk pada masa akan datang.

Bertindak Sebagai Mentor
Jurujual senior memainkan peranan sebagai mentor kepada jurujual junior. Baik dari aspek pengurusan jualan, strategi dan juga motivasi. Ramai mereka yang menjadi jurujual sekerat jalan dan merasakan kerjaya sebagai jurujual amat menyusahkan disebabkan oleh kurangnya galakkan dan motivasi yang diterima daripada jurujual senior dalam syarikat.

Sales Meeting
Menghadirkan diri ke dalam sales meeting memberikan impak yang sangat besar sebenarnya kepada seseorang jurujual. Antara faedah yang akan diperolehi ialah perkongsian maklumat dari aspek strategi, pengurusan jualan dan juga motivasi. Selain itu kita dapat memastikan misi dan objektif syarikat selari dengan diri kita.