Pengurusan Jualan
Salah satu point penting yang sering diabaikan oleh jurujual adalah mengingati kembali peranan sebenar mereka di dalam syarikat.
Peranan Jurujual Dalam Syarikat.
Membuat Panggilan Kepada Pelanggan
Sebagai Jurujual ini adalah pekara wajib. Buat panggilan kepada pelanggan. Cipta database maklumat pelanggan sebanyak mungkin. Minta referal dari pelanggan untuk prospek baru. Sekarang kita boleh pelbagaikan cara komunikasi dengan pelanggan. Boleh whatsapp, FB Messenger, Telegram dan pelbagai lagi cara alaf baru. Yang terbaik adalah cuba dapatkan tiga appointment sehari untuk prospek baru melalui panggilan telefon.
Meluaskan Sales Territory
Dari melakukan aktiviti tanpa tujuan lebih baik kita luaskan Sales Territory dan luaskan prospek di kawasan yang kita sedang fokus. Jangan mengharap untuk prospek hadir dengan sendiri sebaliknya kita mesti memainkan peranan keluar mencari propsek.
Meningkatkan Jualan Produk
Of course. Ini adalah tugas utama seorang jurujual. Menjual produk dan meningkatkan jualan produk. Dengan kepelbagaian produk yang terdapat dalam syarikat, kita boleh menyesuaikan kehendak pelanggan dengan setiap produk yang ada.
Meningkatkan Imej Syarikat
Selain Menjual, kita juga berperanan utuk meningkatkan imej syarikat. Secara logiknya bila kita berjaya meningkatkan imej syarikat, ianya akan lebih mudah untuk kita menjual produk syarikat kepada pelanggan yang seterusnya. Bila pelanggan memuji syarikat kita bagus, kita pun akan turut bangga bukan?
Meningkatkan Pengetahuan Produk
Apa yang membezakan kita dengan kawan jurujual yang lain dalam syarikat ialah Product Knowledge terutamanya dari segi teknikal. Belajar! Belajar! Belajar!
Responder Kepada Syarikat
Kita bertindak sebagai pemberi maklumat kepada syarikat berkaitan feedback produk yang diterima dari pelanggan. Maklumat ini diperolehi oleh kita melalui aktiviti jualan atau perbincangan dengan pelanggan. Senang cerita melalui proses ini kita dapat menyampaikan pengalaman pelanggan berkaitan kelebihan dan kekurangan produk untuk syarikat improvise produk pada masa akan datang.
Bertindak Sebagai Mentor
Jurujual senior memainkan peranan sebagai mentor kepada jurujual junior. Baik dari aspek pengurusan jualan, strategi dan juga motivasi. Ramai mereka yang menjadi jurujual sekerat jalan dan merasakan kerjaya sebagai jurujual amat menyusahkan disebabkan oleh kurangnya galakkan dan motivasi yang diterima daripada jurujual senior dalam syarikat.
Sales Meeting
Menghadirkan diri ke dalam sales meeting memberikan impak yang sangat besar sebenarnya kepada seseorang jurujual. Antara faedah yang akan diperolehi ialah perkongsian maklumat dari aspek strategi, pengurusan jualan dan juga motivasi. Selain itu kita dapat memastikan misi dan objektif syarikat selari dengan diri kita.
No comments:
Post a Comment