Pengurusan Jualan
Kredit imej: Salesnegotiationtraining |
Dalam proses jualan akan ada sebuah proses yang dipanggil "Negotiaton" ataupun disebut sebagai proses "Rundingan" dalam bahasa melayu. Boleh dikatakan bukan semua orang ada skill untuk melakukan proses ini rundingan dengan baik. Pekara yang paling menarik mengenai proses rundingan ini kita kemungkinan akan kehilangan bisnes atau berjaya mendapatkan bisnes. 50-50.
Di sini ada 10 tip yang mugkin boleh digunakan oleh jurujual untuk meningkatkan skill kita.
10 Tips Tingkatkan Kemahiran Rundingan
Sentiasa Memberi Keutamaan Untuk Memahami Kehendak Pelanggan
Jadilah pendengar yang baik dan jangan bersikap defensif sewaktu proses rundingan sedang dijalankan. Fahami kehendak pelanggan sebaiknya.
Fokus Kepada Topik Yang Sedang Berjalan
Jangan sesekali mengalihkan topik perbincangan kepada pekara lain. Sentiasa pastikan pelanggan juga begitu. Keep on track.
Menyediakan Pilihan Penyelesaian Masalah
Dengan pilihan yang ditawarkan kepada pelanggan ianya dapat meneruskan minat pelanggan untuk melakukan bisnes dengan kita.
Menggunakan Masa Rundingan Dengan Sebaiknya
Gunakan masa yang ada sebaiknya untuk menyelesaikan rundingan dengan kadar segera. Kita perlu ketahui yang pelanggan juga punya had masa tersendiri untuk berbincang.
Sentiasa Berusaha Untuk Menyelesaikan Masalah Pelanggan
Jangan biarkan pelanggan mengetahui yang kita mempunyai kekangan masa untuk menyelesaikan masalah mereka jika ada.
Kredit Imej: Negotiation |
Berupaya Untuk Mentakrifkan Definisi Kejayaan Semasa Proses Rundingan
Penting untuk kita mengetahui yang proses rundingan tersebut telah berjaya dan kita telah bersedia untuk mengambil langkah yang seterusnya.
Tegas Dalam Menawarkan Pilihan Penyelesaian Masalah
Jangan menggunakan nada yang lembut sewaktu kita sedang menawarkan penyelesaian masalah kepada pelanggan, Ini penting untuk pelanggan mengetahui yang kita benar-benar serius dalam menawarkan pilihan tersebut.
Bahasa Tubuh Yang Baik
Dengan bahasa tubuh yang baik seperti penggunaan eye contact yang betul ianya dapat meningkatkan keyakinan pelanggan dalam proses rundingan tersebut.
Tidak Memaksa Dan Menggesa Pelanggan
Jangan sesekali memaksa pelanggan untuk membuat keputusan dan beri ruang untuk mereka berfikir membuat keputusan.
Jangan Merekod Pekara Yang Belum Capai Kata Putus
Bagi mengelakkan kesusahan kemudian hari jangan kita merekod keputusan yang belum dicapai secara sah oleh kedua belah pihak.
No comments:
Post a Comment